Thursday 13 October 2011

Undilah BN laie,juara rakyat buek jalan pun kantoi...

PALONG - Serik! Itulah antara luahan penduduk Kampung Pasal, Pahang apabila terpaksa melalui jalan tanah merah dan berlubang sepanjang jalan kebun Felda Palong Lapan, dekat sini setiap hari.

Kedudukannya hanya di sempadan Negeri Sembilan, namun penduduk kampung terbabit mendakwa kerap menggunakan jalan kebun berkenaan berikutan ketiadaan kemudahan jalan raya untuk ke pekan berhampiran.

Sinar Harian difahamkan, hampir dua tahun penduduk kampung itu menunggu jawapan daripada pihak berwajib di negeri ini berkaitan permohonan baik pulih jalan dari kampung terbabit sehingga Kilang Getah Felda Palong Lapan.

Ahli jawatankuasa kampung, Mat Jais Mat Sahat berkata, pihak pengurusan Felda Palong Lapan sudah bersetuju dan membenarkan jalan berkenaan dibaiki dan diturap.

Menurutnya, namun mereka belum mendapat jawapan daripada pihak berwajib. Hanya jalan dalam kampung itu sahaja yang berturap.

“Kampung kami ini macam tengah pulau tetapi dikelilingi kebun dan estet. Kalau kami menggunakan jalan kebun sawit di Pahang hampir 5 kilometer untuk sampai ke jalan utama iaitu Jalan Keratong.

“Hanya jalan kebun Felda Palong Lapan sahaja yang paling dekat untuk keluar, kira-kira 1.9 kilometer,” katanya.

Mat Jais berkata, penduduk lebih selesa untuk keluar masuk menggunakan jalan itu kerana mudah untuk ke pekan.

“Jalan itu terlalu teruk dan berlubang. Lubangnya bukannya kecil, tetapi besar. Kalau tayar kereta termasuk dalam itu memang masalah.

“Anak-anak semua sekolah dekat Negeri Sembilan, sebab itu yang paling dekat. Risau juga bila ada kecemasan nanti,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Norazizan Mat Jais, 32, berkata, pekan Bahau dan Gemas adalah pekan yang paling dekat untuk keluar membeli barang keperluan.

“Oleh itu, diharap akan ada perubahan di kampung ini sebab pihak Negeri Pahang hanya dapat menurap jalan di sekitar kampung sahaja.

“Manakala jalan keluar melalui Felda Palong Lapan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan di Negeri Sembilan,” katanya.



p/s:lobih 50 tahun merdeka,jalan berlubang jugak dibori eh

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms