Wednesday 12 October 2011

Masih ada orang miskin di N9....Nak dokek pilihanrayo dah...

REMBAU – Seorang ibu tunggal hanya mampu bergantung harap dengan pendapatan anak sulungnya sekitar RM500 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka enam sekeluarga.

:Ibu tunggal berkenaan, Mahani Manap, 42, berkata, hampir tiga tahun lalu, dia sudah tidak berhubung dengan suaminya dan kali terakhir mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Menurutnya, kehidupannya yang begitu sukar membuatnya mengambil keputusan untuk pulang kembali ke daerah kelahiran di Rembau dan mujurlah anaknya yang sulung berusia 20 tahun sudah mula bekerja.

“Ketika menetap di Sabah, saya bekerja di bahagian pengemasan penginapan dan dari upah itulah digunakan bagi membesarkan lima anak berusia di antara 2 hingga 20 tahun,” katanya kepada Sinar Harian sempena Program Ziarah ke Rumah (Ziarah Kesejahteraan Bandar) di Taman Seri Rembau, dekat sini.

Mahani berkata, kini dia bergantung harap pada pendapatan anak sulung dan juga bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima setiap bulan.

Hadir sama sempena lawatan, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Ahmad Phesal Talib; Adun Chembong, Zaifulbahri Idris; Adun Kota, Datuk Dr Awaludin Said dan Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

Untuk rekod, pada 2011, KWPKB telah menyalurkan sejumlah RM339,264 kepada lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk bantuan sewa rumah membabitkan 228 keluarga.

Dari jumlah berkenaan, sejumlah RM11,904 disalurkan kepada Majlis Daerah Rembau untuk diagihkan kepada lapan keluarga yang layak.



-Sinar Harian-


p/s:dah nak dokek pilihanrayo,baru nak bagi???

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms