Sunday 27 January 2013

Ucapan Selamat Hari Thaipusam


Dewan Pemuda Pas Kawasan Telok Kemang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut beragama Hindu di Malaysia.

Thursday 20 October 2011

Mangsa pokok sawit tumbang di Tanah Merah

PORT DICKSON – Ribut sekitar Tanah Merah, di sini lewat petang kelmarin menyebabkan seorang pekerja di sebuah ladang sawit maut selepas kenderaan dinaiki mereka untuk pulang ditimpa pokok sawit.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Abdul Wahid Musa, 21, maut di tempat kejadian selepas cedera akibat ditimpa pokok berkenaan yang sudah berusia hampir 23 tahun.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakannya, Sharul Nizam Mahathir, 30, dan Muhd Yazid Kasimin, 21, sedang bersiap untuk pulang kerana hujan dan ribut melanda selepas seharian bekerja di situ.

Menurut Sharul Nizam, mereka bertiga pada mulanya naik ke kenderaan jenis Land Rover untuk pulang, bagaimanapun arwah yang pada awalnya duduk di tempat penumpang bahagian depan turun semula dan duduk di bahagian belakang kenderaan bersamanya.

“Ketika itu hujan lebat berserta guruh. Tiba-tiba kenderaan kami yang belum bergerak ditimpa pokok kelapa sawit.

“Saya menundukkan badan dan tersepit di celah-celah pucuk kelapa sawit itu, sebelum berusaha keluar dari kenderaan dengan memecahkan tingkap.

“Tetapi, arwah kelihatan kaku di tempat duduknya dan sebahagian tubuh dari kepala hingga pinggang sudah ditimpa dahan-dahan pokok,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sharul Nizam berkata, dia bersama Muhd Yazid cuba membantu arwah keluar dari kenderaan, bagaimanapun mangsa sudah tidak beri apa-apa tindak balas lagi.

Sementara itu, bapa mangsa, Musa Eron, 62, berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon mengatakan anaknya kemalangan.

“Ketika itu saya bayangkan dia kemalangan kerana mahu keluar duit di bank. Ini kerana, Jumaat lalu, arwah ada meminta wang kerana simpannnya hanya tinggal RM50 saja. Pada hari yang sama saya telah mamasukkan wang yang diminta ke dalam akaun banknya,” katanya.

Ibu mangsa, Fatimah Mohd Said, 57, berkata, dia redha dengan pemergian anak tunggalnya itu.

“Dua minggu lalu, arwah sempat memeluk dan mencium saya sebelum pergi kerja dengan mengatakan dia sayangkan saya.

“Dia seorang anak yang sangat manja dan sangat menghormati orang lain,” katanya.

Menurutnya, arwah juga bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 21 pada 28 Oktober ini.

Jenazah kemudian dituntut keluarga sekitar 11 pagi semalam dan dibawa ke Rengit, Batu Pahat, Johor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Ladang, di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Baljeet Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sunday 16 October 2011

UMNO N9 ketandusan pemimpin!


dari sakmongkol.blogspot.com
Kita tinggalkan perbincangan mengenai bajet 2012. Mengikut pendapat umum, majority rakyat tidak peduli apa jadah nya bajet 2012. Yang mereka tahu, nanti dapat imbuhan. Ada wang tunai dalam tangan. Itu sudah best. Kerajaan ini best punya. Mengenai pengurusan ekonomi untuk masa depan, itu kerja orang politik. Lantak lah mereka memikirkan.

Mengikut pendapat seorang pembaca, isiu yang mudah rakyat faham ialah kezaliman, rasuah, pencabulan kuasa dan sebagai nya. Mereka lebih memahami soal jurang antara kaya dengan miskin. Ya lah, mereka amat faham bila kata sebut sebentuk cincin bersamaan dengan ratusan rumah PPRT, kalau kita buat rumah PPRT.

Saya nak beritahu sikit para pengomen- bila bercakap mengenai kos melepas atau opportunity cost, kita hanya boleh menyamakan nya dengan satu sahaja barang- tidak beberapa barang pada satu masa. Misalnya, cincin RM 72 juta bersamaan X banyak nya rumah PPRT; tidak RM 72 juta sama dengan rumah pprt, atau rumah kos rendah, atau sekolah. Kos melepas ialah satu barangan yang terpaksa di korbankan pada satu masa.

Ok, kita tinggalkan perkara perkara dalam ilmu muram- dismal science atau economics. Kita cakap hal politik.

Saya harap pembaca Melayu lihat lah gelagat pimpinan UMNO Negeri Sembilan. Apa yang berlaku di negeri Sembilan sama lah yang berlaku dalam negeri lain. Masing2 pemimpin melihat dan menjaga kepentingan peribadi mereka sahaja. Sesuai sangat dengan bidalan orang Negeri Sembilan;

Kalau berjalan berduo, hendak kek tongah
Kalau dalam kurungan, hendak kek luar
Kalau terhimpit, hendak kek atas
Jangan mencuri, kecuali terpakso
Jangan berzina kecuali berselero.

Tabiat pemimpin UMNO inilah yang sebenarnya- masing masing macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Demikian juga pimpinan UMNO di Selangor. bukan soal memenangkan negeri Selangor  yang di sibukkan oleh mereka. Yang jadi igauan siang dan malam ialah siapa nak jadi MB.

Saya ingin mencadangkan kepada PM Najib, presiden UMNO kalau hendak menang NS, dia buang semua ahli politik yang sibuk betelagah nak jadi MB Negeri Sembilan. Tidak kira Isa Samad, Mat Hasan, Ismail Lasim, Hassan Malik atau siapa sahaja. Kita tidak hendak bercakap lansung berkenaan Rais Yatim. Kita hanya bercakap mengenai anak yatim ni bila Maznah Rais beri lesen si Rais bebas bersalaman dengan puteri UMNO.

Inilah musibah UMNO yang sudah lama sangat memerintah. Bukan soal strateji bagaimana mahu terus berkuasa di NS yang melalui kuasa tersebut dapat membantu orang Melayu dan rakyat NS yang di pentingkan. Yang mereka penting ialah siapa akan jadi MB. Alahai wok- kalau UMNO dan BN kalah di Negeri Sembilan, ekau semua nak jadi apo eh jang?

Kenapalah orang UMNO sibuk mahukan Isa Samad menjadi MB semula? Adakah dia mempunyai ilmu baru mengangkat martabat orang Melayu. Tidakkah di bawah keMBian nya, banyak tanah yang terlepas kepada tauke besar? Dari tanah pajakan kepada tanah pegangan bebas? Takkan orang Negeri Sembilan lupa akan sikap Isa Samad- den Menteri Bosar, den berkuaso. Orang lain apo ado? Ini tipikal sikap angkuh pimpinan UMNO yang buat rakyat meluat dengan UMNO. PM Najib patut pencenkan orang macam ini. Lebih elok kita biarkan Isa Samad membibik dengan BB nya.

Ye lah, kelebihan Isa Samad ialah dia antara beberapa orang di Malaysia, yang di segani oleh Najib. Sebab itu Isa boleh senyum selalu, macam unta yang kelihatan senyum selalu. Mengikut perpatah Arab, sebab mengapa unta kelihatan sentiasa terseyum, ialah kerana ianya satu satu makhluk Allah yang tahu rahsia nama Allah yang ke 100. Mahkluk lain hanya tahu 99 nama Allah. Demikian juga Isa Samad- dia sorang sahaja di dunia yang tahu rahsia Presiden UMNO. Di situlah kehebatan Isa Samad.

Masa nya tiba untuk memencenkan Mat Hasan. Orang Negeri Sembilan pun loya tekak bila dengar Mat Hasan cakap besar. Den ada harto ampet keturunanTakkan habis nya. Dan jika bercakap mengenai orang lain, orang Negeri Sembilan tidak lupa cemuhan Mat Hassan- dia tu tak mendalamkan air pun. Orang Melayu sudah tidak berkehendakkan pemimpin seperti ini.

Ismail Lasim, ketua bahagian Pilah- semua orang tahu dia penghulu kontraktor klas F. sebab itu dia tidak banyak bunyi. Tidak banyak kualiti kepimpinan baik yang kita boleh cungkil dari Ismail Lasim.

Jika ketua bahagian Pilah tidak ada seri untuk jadi MB Negeri Sembilan masakan MP nya, Hassan Malik mau di tabalkan sebagai MB? Jika dia buat mesyuarat atau majlis, kesemua ADUN di dalam kawasan parlimen nya akan boycott dia. Mana dia ada chance nak jadi MB?

Bagaimana UMNO mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada nya. Obsesi pimpinan UMNO ialah mengejar kepentingan dan kemasyuran peribadi. Apa jadi kepada parti, soal kedua. Jika tanggung jawa[ keatas parti sentiasa di pindahkan kepada bahu orang lain, siapakah akhirnya akan memikul tanggung jawab nya.

Namun, elok juga jangan kita beri banyak sangat nasihat kepada UMNO. Biar ia tersungkur sekali dan kita akan lihat, adakah parti lain boleh membela dan membangunkan bangsa Melayu dengan lebih baik.

Pembangkang tidak matang? M Kayveas pun kalah di Taiping!


GEMENCHEH – Malaysia masih lagi belum mencapai tahap di mana negara ini memiliki pemimpin pembangkang yang benar-benar matang dan boleh memimpin masyarakat bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas berkata, atas dasar itu, rakyat terutamanya pengundi harus berfikir lebih rasional dan tepat untuk menentukan pemimpin dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Fikir-fikirlah siapa pemimpin daripada pembangkang terutamanya PKR yang boleh menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedangkan kepimpinan PKR adalah terdiri daripada anak-beranak (Datuk Seri Anwar Ibrahim; Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah).

“Malah, sekiranya kita merancang untuk kehilangan Najib, sekali gus merancang untuk kehilangan pemimpin yang benar-benar boleh memimpin masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya pada sambutan Hari Malaysia dan penyampaian sumbangan kepada warga emas serta ibu tunggal di Dewan Sri Gemencheh, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi PPP Kebangsaan, Senator Chiw Tiang Chai; Ketua PPP Negeri Sembilan; PM Muthu; Timbalan Pengerusi BN Tampin, Datuk Nasarudin Mahamud; Ketua PPP Bahagian Tampin, VM Raja dan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Isam Isa.

Pada program berkenaan, kira-kira 100 individu terpilih di Bahagian Tampin menerima bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali.

Sementara itu, Kayveas menyeru kesemua kepimpinan PPP di seluruh Malaysia untuk sentiasa berbakti dan dekat dengan masyarakat serta tidak lupa meniupkan semangat BN dalam kalangan masyarakat.

“Bagi rakyat pula jangan cepat goyah, terpedaya atau terpengaruh dengan apa diberitahu pembangkang.

“Malah, walaupun ada di beberapa tempat BN tewas, BN tetap menghulurkan bantuan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Friday 14 October 2011

Selepas 4 tahun baru selesai???


TELOK KEMANG 14 Okt. - Masalah air dan sijil layak menduduki (CF) yang dihadapi oleh penduduk Taman Pinggiran Kota di Lukut, di sini sejak empat tahun lalu selesai hasil keprihatinan pihak berkuasa.
Masalah itu juga selesai selepas Pengerusi Makkal Sakti negeri, Datuk A. Kumaravel campur tangan bagi membantu penduduk taman berkenaan.
Kumaravel berkata, beliau dimaklumkan bahawa pemaju telah berjanji bahawa selepas tiga bulan mendapat kunci, penduduk akan mendapat CF dan meter air.
"Kini sudah empat tahun penduduk tidak memperoleh apa-apa pun dan tunggakan air kini mencecah RM83,000.
"Pada 3 Oktober lalu, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah memotong bekalan air di sini.
"Pada keesokan harinya, saya datang ke sini dan melihat sekitarnya. Keadaan terlalu teruk dengan kawasan dipenuhi semak serta longkang tersumbat," katanya.
Menurut beliau, perbincangan dibuat dengan penduduk dan mereka telah bergotong-royong bagi membersihkan kawasan tersebut dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Katanya, masalah itu telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan hasil perbincangan dengan Sains, bekalan air di kawasan itu telah disambung semula.
"Menteri Besar memberitahu bahawa beliau akan cuba dapatkan CF untuk taman perumahan ini secepat mungkin,'' katanya.
Tambah beliau, penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kerana memberi sumbangan bagi membaik pulih paip yang rosak.

p/s:nasib la org telok kemang

Thursday 13 October 2011

ISA tak layak cerito pasal projek terbengkalai

PORT DICKSON - Pembinaan adalah sektor penting bagi ekonomi negara kerana ia memberikan manfaat besar kepada pelbagai pihak sama ada rakyat mahupun peniaga.

Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, apabila sesuatu projek pembangunan dilaksanakan, ia akan menjana pendapatan mereka yang terlibat dalam industri tersebut.

Menurutnya, barangan pembinaan seperti pasir, simen dan batu akan diperlukan bagi projek pembinaan secara tidak langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada ramai orang.

“Ini yang disebut sebagai manfaat kepada banyak pihak dan bukan semata-mata kepada pemaju projek sahaja,” katanya ketika berucap semasa melancarkan projek perumahan Taman Impian Putra di Batu 1 Jalan Pantai Port Dickson.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Shamsuddin.

Projek itu sudah terbengkalai selama beberapa tahun dan dipulihkan pemaju hartanah tempatan, Purcon (M) Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengarah Urusan Purcon, Lim Tee Hin berkata, Taman Impian Putra seluas 8.8 hektar menawarkan pilihan rumah teres satu tingkat, dua tingkat, dua tingkat separa berkembar, banglo dua tingkat dan kedai tiga tingkat.

Beliau mengakui pada mulanya terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi untuk membina semula keseluruhan fasa 1 taman itu melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pemasangan semula bangunan.

“Namun, selepas mengambil kira banyak perkara, kami mempunyai semua sumber dalam mencapai sasaran bagi menjayakan projek ini.

“Selepas 36 tahun berada dalam industri hartanah, Purcon mempunyai kepakaran�, kekuatan kewangan dan pengalaman untuk memulihkan projek,” katanya.



p/s:berapo banyak kek linggi & telok komang terbengkalai sobab ISA

Undilah BN laie,juara rakyat buek jalan pun kantoi...

PALONG - Serik! Itulah antara luahan penduduk Kampung Pasal, Pahang apabila terpaksa melalui jalan tanah merah dan berlubang sepanjang jalan kebun Felda Palong Lapan, dekat sini setiap hari.

Kedudukannya hanya di sempadan Negeri Sembilan, namun penduduk kampung terbabit mendakwa kerap menggunakan jalan kebun berkenaan berikutan ketiadaan kemudahan jalan raya untuk ke pekan berhampiran.

Sinar Harian difahamkan, hampir dua tahun penduduk kampung itu menunggu jawapan daripada pihak berwajib di negeri ini berkaitan permohonan baik pulih jalan dari kampung terbabit sehingga Kilang Getah Felda Palong Lapan.

Ahli jawatankuasa kampung, Mat Jais Mat Sahat berkata, pihak pengurusan Felda Palong Lapan sudah bersetuju dan membenarkan jalan berkenaan dibaiki dan diturap.

Menurutnya, namun mereka belum mendapat jawapan daripada pihak berwajib. Hanya jalan dalam kampung itu sahaja yang berturap.

“Kampung kami ini macam tengah pulau tetapi dikelilingi kebun dan estet. Kalau kami menggunakan jalan kebun sawit di Pahang hampir 5 kilometer untuk sampai ke jalan utama iaitu Jalan Keratong.

“Hanya jalan kebun Felda Palong Lapan sahaja yang paling dekat untuk keluar, kira-kira 1.9 kilometer,” katanya.

Mat Jais berkata, penduduk lebih selesa untuk keluar masuk menggunakan jalan itu kerana mudah untuk ke pekan.

“Jalan itu terlalu teruk dan berlubang. Lubangnya bukannya kecil, tetapi besar. Kalau tayar kereta termasuk dalam itu memang masalah.

“Anak-anak semua sekolah dekat Negeri Sembilan, sebab itu yang paling dekat. Risau juga bila ada kecemasan nanti,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Norazizan Mat Jais, 32, berkata, pekan Bahau dan Gemas adalah pekan yang paling dekat untuk keluar membeli barang keperluan.

“Oleh itu, diharap akan ada perubahan di kampung ini sebab pihak Negeri Pahang hanya dapat menurap jalan di sekitar kampung sahaja.

“Manakala jalan keluar melalui Felda Palong Lapan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan di Negeri Sembilan,” katanya.



p/s:lobih 50 tahun merdeka,jalan berlubang jugak dibori eh

Wednesday 12 October 2011

Masih ada orang miskin di N9....Nak dokek pilihanrayo dah...

REMBAU – Seorang ibu tunggal hanya mampu bergantung harap dengan pendapatan anak sulungnya sekitar RM500 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka enam sekeluarga.

:Ibu tunggal berkenaan, Mahani Manap, 42, berkata, hampir tiga tahun lalu, dia sudah tidak berhubung dengan suaminya dan kali terakhir mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Menurutnya, kehidupannya yang begitu sukar membuatnya mengambil keputusan untuk pulang kembali ke daerah kelahiran di Rembau dan mujurlah anaknya yang sulung berusia 20 tahun sudah mula bekerja.

“Ketika menetap di Sabah, saya bekerja di bahagian pengemasan penginapan dan dari upah itulah digunakan bagi membesarkan lima anak berusia di antara 2 hingga 20 tahun,” katanya kepada Sinar Harian sempena Program Ziarah ke Rumah (Ziarah Kesejahteraan Bandar) di Taman Seri Rembau, dekat sini.

Mahani berkata, kini dia bergantung harap pada pendapatan anak sulung dan juga bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima setiap bulan.

Hadir sama sempena lawatan, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Ahmad Phesal Talib; Adun Chembong, Zaifulbahri Idris; Adun Kota, Datuk Dr Awaludin Said dan Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

Untuk rekod, pada 2011, KWPKB telah menyalurkan sejumlah RM339,264 kepada lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk bantuan sewa rumah membabitkan 228 keluarga.

Dari jumlah berkenaan, sejumlah RM11,904 disalurkan kepada Majlis Daerah Rembau untuk diagihkan kepada lapan keluarga yang layak.



-Sinar Harian-


p/s:dah nak dokek pilihanrayo,baru nak bagi???

Tuesday 11 October 2011

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta,Najib boros!

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Tian: PM perlu jelaskan
Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

NONEBagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian (kanan) berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya.

Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.

Lima lelaki ditahan curi motor,Aduh N9 ku...

KUALA KLAWANG - Lima lelaki termasuk dua warganegara Indonesia ditahan polis dalam dua tangkapan berasingan pada 23 dan 24 September lalu selepas disyaki terlibat dalam 13 kes kecurian motosikal di daerah ini dan di dua kawasan lain.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan Setapa Yusoff berkata, polis menemui bukti untuk menuduh dua daripada lima lelaki berkenaan di mahkamah.

Menurutnya, bagaimanapun tiga daripadanya dibebaskan kerana tiada bukti mereka terlibat.

“Dengan tertangkapnya dua lelaki ini, polis berjaya menyelesaikan kes kecurian motosikal yang dilaporkan di daerah Jelebu sebanyak 11 kes, Seremban (1 kes) dan satu kes lagi di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan, suspek utama yang juga rakyat tempatan ditangkap polis ketika sedang menunggang salah sebuah motosikal dicuri bersama teman wanitanya berusia 36 tahun di Taman Naga Emas, Titi,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, semalam.

Setapa berkata, tangkapan lelaki berusia 27 tahun itu turut membawa kepada tangkapan seorang lagi rakannya yang merupakan warganegara Indonesia di Sungai Muntoh.

“Hasil siasatan, polis mendapati suspek, Azman Ariff, 27, merupakan penduduk di daerah ini mula melakukan kegiatan mencuri motor selepas diberhentikan kerja sekitar Oktober tahun lalu.

“Malah suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan sama, namun tidak pernah dipenjarakan,” katanya.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas enam motosikal yang dicuri. Manakala selebihnya dipercayai dijual oleh suspek kepada rakannya yang berada di Johor.

“Polis tidak menolak kes berkenaan didalangi oleh sindiket mencuri dan menjual motosikal. Polis kini masih memburu rakan suspek yang berada di Johor bagi membantu siasatan.

“Suspek dan seorang lagi rakannya yang merupakan warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah Jumaat lalu dan berhadapan dengan lima pertuduhan,” katanya.

Katanya, bagi pertuduhan pertama, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan, pertuduhan kedua (penjara 11 bulan), pertuduhan ketiga (penjara sembilan bulan), pertuduhan keempat (penjara 15 bulan) dan pertuduhan kelima (penjara 11 bulan).

“Manakala rakannya hanya berhadapan dengan satu pertuduhan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 339 (A) bagi kesalahan curi motosikal dan Seksyen 411 bagi kesalahan menyimpan barang curi.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda dan kedua-duanya sekali.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms