Sunday 16 October 2011

Pembangkang tidak matang? M Kayveas pun kalah di Taiping!


GEMENCHEH – Malaysia masih lagi belum mencapai tahap di mana negara ini memiliki pemimpin pembangkang yang benar-benar matang dan boleh memimpin masyarakat bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas berkata, atas dasar itu, rakyat terutamanya pengundi harus berfikir lebih rasional dan tepat untuk menentukan pemimpin dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Fikir-fikirlah siapa pemimpin daripada pembangkang terutamanya PKR yang boleh menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedangkan kepimpinan PKR adalah terdiri daripada anak-beranak (Datuk Seri Anwar Ibrahim; Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah).

“Malah, sekiranya kita merancang untuk kehilangan Najib, sekali gus merancang untuk kehilangan pemimpin yang benar-benar boleh memimpin masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya pada sambutan Hari Malaysia dan penyampaian sumbangan kepada warga emas serta ibu tunggal di Dewan Sri Gemencheh, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi PPP Kebangsaan, Senator Chiw Tiang Chai; Ketua PPP Negeri Sembilan; PM Muthu; Timbalan Pengerusi BN Tampin, Datuk Nasarudin Mahamud; Ketua PPP Bahagian Tampin, VM Raja dan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Isam Isa.

Pada program berkenaan, kira-kira 100 individu terpilih di Bahagian Tampin menerima bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali.

Sementara itu, Kayveas menyeru kesemua kepimpinan PPP di seluruh Malaysia untuk sentiasa berbakti dan dekat dengan masyarakat serta tidak lupa meniupkan semangat BN dalam kalangan masyarakat.

“Bagi rakyat pula jangan cepat goyah, terpedaya atau terpengaruh dengan apa diberitahu pembangkang.

“Malah, walaupun ada di beberapa tempat BN tewas, BN tetap menghulurkan bantuan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms