Tuesday 11 October 2011

Pang Chow mungkin kurang faham hasrat Pas-Taufek

Memo Editor
Pang Chow mungkin kurang faham hasrat Pas 
SEREMBAN - Kurang faham dipercayai menjadi punca Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow mengeluarkan kenyataan mendakwa ramai ahli sayap itu akan meninggalkan parti sekiranya Pas melaksanakan hukum hudud. 

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, Pang Chow mungkin tidak memahami hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud secara mendalam. 

“Beliau perlu tahu isu hukum hudud bukan sesuatu yang baru, malah sebelum ini Pas pernah bercakap tentangnya. 

“Namun beliau seolah-olah takut dan was-was dengan kita sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti amaran itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Bagaimanapun katanya, kenyataan Pang Chow itu dipercayai pandangan peribadi sahaja dan tidak akan mempengaruhi ahli DHPP yang lain. 

Menurut Mohd Taufek, perbezaan pendapat itu pasti dapat diatasi menerusi Panel Penasihat Khas untuk DHPP yang diketuai Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. 

“Saya yakin panel berkenaan akan memberi penerangan lebih mendalam kepada semua ahli DHPP yang kurang faham hukum hudud. 

“Langkah itu boleh meleraikan kekusutan antara DHPP dan parti, sekali gus menjaga persahabatan serta kepentingan bersama,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms