Monday 30 May 2011

Road to Muktamar PAS ke 57:Beza Muktamar Pas dan Mesyuarat Agung UMNO

Pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu PRU ke 13. Parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihanraya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan. Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerakerja ke arah PRU 13 nanti.

Ia sebenarnya menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding dalam PAS.

Akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada UMNO/BN barangkali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon Timbalan, Naib Presiden dan lain-lain.

Alhamdulillah, tarbiyyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni. Mungkin ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon. Namun ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti. Tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab. Ia boleh berlaku dalam parti sekular. Jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing.

Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti. Tidak sebagaimana dalam pemilihan UMNO terutamanya-politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latarbelakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah.

Ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti. Ia adalah persepsi akhbar itu. Pendokong PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan. Kesemua calon ada kredibiliti. Mereka juga popular. Namun popular dalam PAS diajar oleh tarbiyyahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-mungkar, samada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Kerana itu mereka dicalonkan. Cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain. Tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total. Dengan kata lain, perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam Muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan UMNO/BN yang sudah lama korup itu.

Wednesday 25 May 2011

Perjuangan PAS : Tarbiyyah , Dakwah dan Siasah

Masih ada mereka yang tidak memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam . [1]

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat ) [2] .

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' .

Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .

Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah.

Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :

Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )

Tarbiyyah dan Pengkaderan .

Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .

Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :

· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.

Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :

Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .

Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.

Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .

Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islam yang soleh.

Dakwah Ilallah ( Penerangan )

Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [3]

Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .

Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.

Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing.

Maudhu' ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas [4] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt. PAS mendekati semua lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang lesu hinggalah ulama' yang bisu .

Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat .

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

1 : Dakwah Ammah ( umum )

Kuliah Agama , Forum , Seminar
Ceramah Umum , Muzakarah , Debat
Motivasi , Demonstrasi
Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar ,
Edaran VCD , Edaran Risalah ,
Talk Show , Dialog dll

2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )

Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan

Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.

Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.

Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.

Siasah ( politik )

Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw. [5]

PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan.

Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumi Malaysia ini dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melalui mazhab Islam Hadharinya.

PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.

Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .

KESIMPULAN

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.

Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan perjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaan kumpulan.

Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !

Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.

[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .

[2] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :

1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .

2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

[3] ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون
" dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."

Surah ali – imraan : 104

[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :

1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .

2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

[5] فما لا أصل له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع الدين أصل و السلطان جارس
" Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin

Tuesday 24 May 2011

Pemuda benteng barisan hadapan parti

PENGKALAN CHEPA: Pemuda PAS perlu berada di barisan hadapan bagi menangani pelbagai isu dibangkitkan Umno dan BN sekarang. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa berkata, Pemuda PAS perlu bergerak lebih pantas menjawab tohmahan dilemparkan pihak lawan.
“Usaha itu penting bagi mempertahankan negeri ini yang mana kini diserang Umno dengan pelbagai tuduhan liar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan ke-52 di Perdana Resort, baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Husam berkata, Pemuda PAS yang tinggal di kawasan Parlimen Jeli, Gua Musang dan Pasir Mas tidak boleh berdiam diri dan perlu bergerak menyaingi aktiviti dilakukan Umno.

“Apabila segala gerak kerja dilakukan nilai ketakwaan yang tinggi pula perlu disemarakkan di jiwa sebagai benteng mempertingkatkan jati diri,” katanya.

Menurut Husam, hubungan kerajaan negeri dan istana Kelantan kini juga akrab dan membantu melancarkan jentera pentadbiran negeri.

Beliau juga berharap pemuda mendekati golongan muda menggunakan media baru yang semakin menjadi tumpuan ramai sekarang.

Pada muktamar itu Abdul Latif kekal sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan selepas mengetepikan pencabar, Nik Mahadi Nik Mahmud.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah kekal tanpa bertanding. Naib Ketua Pemuda pula disandang muka baru, Hafiz Musa menggantikan Hisyam Fauzi.

Dalam perkembangan berasingan, Dewan Muslimat PAS Kelantan mengekalkan muka lama tanpa bertanding. Ketua disandang Siti Zailah Mohd Yusof; Timbalan, Wan Ubaidah Omar dan Naib Ketua, Rohani Ibrahim.

Dalam ucapannya, Siti Zailah mahu Muslimat PAS Kelantan lebih menumpukan usaha meningkatkan kemenangan berbanding perebutan jawatan dalam parti.

Perasmian Muktamar Dewan Muslimat kali ke-38 itu juga dilakukan Husam.

Beliau menyarankan muslimat supaya menyediakan pelantindakan sebagai persiapan melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pelan lebih berstrategi penting bagi menggantikan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan termasuk membina lebuh raya, geran bekalan air dan penafian hak royalti minyak.

Monday 23 May 2011

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bakal kehilangan jawatan

Dipetik daripada Free Malaysiatoday
SEREMBAN: All is not well for Negeri Sembilan PAS Commissioner Zulkefly Mohamad Omar. The campaign to remove him from the state leadership appears to have gained momentum since last Sunday’s divisional election in Seremban.
Zulkefly has not held any divisional post since he lost in the 2009 race for the Seremban division chief’s post. In last weekend’s election, he felt compelled to withdraw when it became apparent that he did not have enough support to beat incumbent MK Ibrahim Abdul Rahman.
Since 2009, his detractors here have been pushing the PAS national leadership to strip him of his position as state chief on the ground that he does not command grassroots support, and that pressure is likely to increase now.
For this year’s election, he thought he could depend on his hardcore supporters to silence his critics and outclass MK Ibrahim. But most of his men were defeated in the youth wing’s election and his women supporters were barred from voting last weekend.
In the election of the divisional leadership, PAS allows for 15 youth delegates and 15 women delegates to vote.
Youth members in the division have been among the most vocal of Zulkefly’s critics, and they walked the talk by ensuring the defeat of his men in the youth election. Most of those elected to the wing, including its chief, Zulkifli Mohd Zaki, are aligned to MK Ibrahim.
Zulkefly’s camp did win the majority of positions in the women’s wing. Its chief, Normah Suhor, is a staunch supporter. However, something went wrong in the process of choosing women’s delegates to Sunday’s election.
“Normah and her people made a big blunder,” a youth leader told FMT on condition of anonymity. “The 15 names they sent to the division were not chosen in an open and full committee meeting. They were chosen by Normah and committee members aligned to her.”
The committee members aligned to MK Ibrahim lodged a complaint and PAS’s national leadership decided that only Normah could vote on behalf of the women’s wing. The other 14 delegates were disqualified.
Increasing pressure
According to the anonymous source, Zulkefli himself blundered when he ordered 18 branches aligned to him to boycott the divisional election with the intention of making it null and void for lack of a quorum. There are 36 branches in the Seremban division. The other 18 are aligned to MK Ibrahim. Each of the branches is entitled to send four delegates to vote.
Zulkefly’s strategy backfired. PAS deputy secretary general Takiyuddin Hassan announced that more than one third of the delegates were present and the election was therefore valid.
This was apparently why Zulkefly withdrew from the contest. “It was probably to save his image,” said the source. “He would have been trounced.”
The source confirmed that MK Ibrahim’s men would now increase their pressure on the national party leadership to replace Zulkelfy as PAS chief for Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan PKR and DAP may not be too happy. The two parties have worked well with Zulkefly.

PAS Negeri Sembilan dalam bahaya?

Dipetik daripada free malaysiatoday

SEREMBAN: An internal conflict appears to be developing in PAS, with senior leaders complaining privately that the youth wing is becoming too assertive and unreasonable in its demands.
Recently, the youth leadership publicly demanded that Pakatan Rakyat allow PAS, instead of PKR, to contest the Labu state seat in the coming election.
The demand was made at a press conference held without prior consultation with the state PAS leadership, which was a break with tradition.
State youth chief Khairil Anuar Wafa claimed that PAS had the grassroots support to ensure a Pakatan win in Labu, which PKR lost in the last election.
“We are ready to mobilize 300 youth members from all over the state to wrest the seat from Barisan Nasional,” he said at the press conference.
A PKR leader told FMT the brashness and public nature of the demand would not go down well with Negeri Sembilan PAS Commissioner Zulkefli Mohamad Omar.
“I know Zulkefly’s style,” he said. “He is not the kind of person who would deal with intra party matters through the media.”
A senior PAS leader criticized the youth wing for the press conference.
“These guys never informed us about their interest in the Labu seat,” he said. “They should have brought this up at the state PAS leadership council meeting instead of resorting to ambush tactics.
“Does creating havoc through the media guarantee PAS the Labu seat? If they had brought the matter to the state leadership, we would definitely bring it up at the Pakatan Rakyat council meeting. All sensitive discussions should be held in closed door meetings.
He also expressed unhappiness over another press conference last month, where youth leaders demanded that PAS ensure that 60% of its candidates for the next election be from the youth wing.
“They want 60 percent, and now they say they want to send all their strength to Labu. Who is going to work for the other PAS candidates, including their own youth candidates?”
He also told FMT that youth leaders were often absent from the state council meetings.

Wednesday 18 May 2011

Sedia RON 95 naik, rakyat bersedia tukar kerajaan

Artikel daripada Harakahdaily
Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.
“Mengapa semasa kerajaan Umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,” katanya.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.
"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi risiko kepada kenaikan harga barang lain," katanya.
Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.
“Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama, ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Menurutnya, mereka mungkin menarik semula cadangan itu dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku.
Keduanya, kata beliau rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan  harga RON 95 dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak.
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat," katanya.
 

Terbaru!! EGM Kawasan Telok Kemang akan diadakan.

Pada 18.5.20011 yang lalu,satu pertemuan di antara Dewan Muslimat,Dewan Pemuda,Dewan ulama' dan Kawasan berlangsung di Pasti At-Taqwa bagi menghuraikan permasalahan yang timbul dalam kalangan sayap-sayap parti.Majlis yang dipengerusikan oleh YDP Kawasan Telok Kemang,Tuan Haji Ramli Ismail dihadiri hampir 40 orang ahli Pas kawasan Telok Kemang.Dewan Pemuda Pas Telok Kemang ingin meminta penjelasan tentang kaedah pemilihan yang tidak tepat dalam pemilihan baru-baru ini yang dikatakan mempunyai konspirasi tersirat dalam kalangan ahli kawasan yang tertentu unutk membentuk Dewan Harian.Pemuda juga mendesak setiausaha kawasan yang lalu menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul dalam pemilihan baru-baru ini seperti borang pengundian tidak mempunyai nama calon yang cukup,sistem syura dan sebagainya.Pandangan setiap dewan dan kawasan dikemukakan untuk memberi pandangan tentang pemasalahan yang berlaku.Akhirnya,selpas 2 jam memberikan pandangan,2 keputusan pilihan terbentuk iaitu membuat Extraordinary Grand Meeting (EGM) atau mengiktiraf pimpinan dengan syarat-syarat yang tertentu.Akhirnya YDP membuat keputusan untuk membuat EGM dengan peruntukan perlembagaan Pas yang ditetapkan.Tarikh 25.5.2011 ditetapkan untuk membuat EGM tersebut dan mengarahkan setiausaha membuat notis panggilan ke EGM tersebut.Moga keputusan ini di terima Allah.

Membangun bersama Islam

Monday 16 May 2011

Mohamad Sabu 22 Mei 2011 di Dewan Cina Seremban

WACANA PEKERJA
TAWARAN BUKU JINGGA
Bersama :
Abang Mohamad Sabu
Tuan Haji Anuar Tahir
Hanipa Maidin, Peguam
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina NS, Temiang, Seremban
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut tel 013-2066505

Saturday 14 May 2011

Terima Kasih Saudara Nasir!

Sempena Brainstorm Dewan Pemuda Pas Telok Kemang pada 14-15 Mei 2011,satu majlis penghargaan diadakan bagi mengucapkan ribuan termia kasih kepada Saudara Nasir Bin Raman,Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Telok Kemang.Dewan Pemuda Pas Telok Kemang sekali lagi megucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir di atas jasa yang telah disumbangkan.

Saudara Nasir menerima cenderamata daripada Ketua Pemuda Pas Telok Kemang,Ustaz Nor Aiza Bin Bahrudin 
Gambar kenangan Saudara Nasir Bersama Exco Dewan Pemuda Pas Telok Kemang

Friday 13 May 2011

Islamisasi , Islam Hadhari & 1 Malaysia

-Oleh: Ust Nasaruddin Hassan Tantawi-
Rakyat Malaysia kini seperti diperbodoh oleh pemimpin negara . Zaman Tun Dr. Mahathir , beliau mengumandangkan slogan Islamisasi atau penerapan nilai - nilai Islam .

Slogan ini berjaya menarik minat beberapa tokoh dan aktivis dari luar UMNO untuk menyertai UMNO dengan sangkaan slogan ini adalah pintu masuk untuk mereka perjuangkan Islam dan memulihkan imej UMNO yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal dan anutan ideologi yang bercanggah dengan Islam .

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sedikit sebanyak menghadapi cabaran sengit dari UMNO justeru melayu muslim di negara ini turut menaruh kepercayaan kepada UMNO dengan slogan Islamisasitersebut kononnya UMNO juga mahukan Islam .

Setelah lebih 20 tahun , penerapan nilai - nilai Islam tidak berjaya mewujudkan masyarakat yang berteraskan sistem nilai Islam yang sebenar , jauh sekali kedaulatan syariat . Sebaliknya masyarakat dan negara terus terhimpit dalam masaalah korupsi ynag menjejaskan kestabilan ekonomi dan politiknya.

Tun Dr. Mahathir mula dilihat sebagai pemimpin yang perlu bertanggungjawab dalam meletakkan negara terus tenat menghidap barah rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Akhirnya satu pelan peralihan kuasa terpaksa dimeterai setelah menyaksikan kebangkitan rakyat benar - benar mempamerkan kebencian mereka terhadap UMNO dan kepimpinannya .

Sejak itu , Kepimpinan UMNO dan negara diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi . Pilihanraya umum 2004 UMNO kembali mencapai kejayaan gemilang bersama slogan baru yang diketengahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari .

Bukan sahaja menenggelamkan slogan lapuk Islamisasi yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir tetapi Tun Abdullah menggerakkan seluruh agensi kerajaan dan jabatan - jabatan swasta untuk melagang Islam Hadhari sehinggalah tertubuhnya JASA yang bertanggungjawab langsung bagi memastikan Islam Hadhari benar - benar dianut oleh rakyat dan apa yang paling penting ialah memperkukuhkan kedudukan Tun Abdullah dan UMNO itu sendiri .

Berbekalkan pengalaman silam berdepan dengan projek Islamisasi , rakyat ternyata cepat menghidu kepalsuan Islam Hadhari tersebut . Biarpun ramai kawan - kawan seperguruan saya [ maaf - sedih mengenangnya ] turut terperangkap dalam jerat Islam Hadhari sehingga sanggup menjadi penceramah Islam Hadhari malah melobinya ke serata negara . Kononnya ini adalah pendekatan terbaik untuk perlaksanaan islam dinegara ini .

Satu persatu helah bermadah Islam Hadhari ini didedah . Al fadhil Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sempat mengarang sebuah kitab yang berjudul Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari untuk mendidik rakyat betapa Islam Hadhari adalah satu mazhab yang salah bah sesat lagi menyesatkan .

Kegagalan Tun Abdullah dalam memimpin negara dengan baik tambah mempercepatkan lagi proses penolakkan rakyat terhadap Islam Hadhari dan sajak keramatnya yang bertajuk Mencari Damai Abadi . Biarpun JASA dan JQAF berperanan besar untuk menyemarak aliran Islam Hadhari ke tengah masyarakat , ternyata ianya tidak berkesan kerana kini mereka berdepan dengan rakyat yang telah didik dan sangat berhati - hati dengan penipuan UMNO .

2008 menyaksikan rakyat bangkit semula dari kekalahan 2004 melalui referundum yang dipungut melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke 12 . Kejatuhan 5 buah negeri ke tangan parti bukan UMNO dan BN sangat membuatkan mereka terduduk dan termenung panjang , sukar menerima realiti dan payah mencari alasan kenapa jadi begitu ?

Islam Hadhari gagal berfungsi sebagai vaksin yang boleh menyelamatkan UMNO dan BN dari wabak rasuah yang kian menular dalam segenap urat saraf dan sendi tulang UMNO dan BN . Kali ini giliran Tun Abdullah terpaksa merelakan dirinya dikambing hitamkan atas kekalahan memalukan UMNO dan BN itu .

UMNO bukan sahaja masih termangu mencari alasan kenapa mereka ditolak dengan begitu drastik oleh rakyat , bahkan mereka berdepan pula dengan krisis dikalangan pemimpin mereka . Saling salah menyalah dan saling tuding menuding antara mereka . Masing - masing enggan mengalah dan mengaku kalah .

Maka sekali lagi pelan peralihan kuasa dimeterai sebagai formula menyelamatkan UMNO dan BN dari terus dipasung oleh rakyat . Harapan mereka dengan kepimpinan baru kelak , rakyat sekali lagi memberi ruang mereka bernafas biarpun hanya seketika untuk mereka mencari idea menyelamatkan UMNO dan BN.

Saya sedari awal telah menjangkakan satu lagi slogan baru akan menggantikan Islamisasi dan Islam Hadhari sekaligus memuziumkan legasi Tun Mahathir dan Tun Abdullah .

Sebagaimana pelan diatur , Dato' Seri Najib menaiki takhta dengan megah dan bergaya sungguhpun beberapa aspek yang agak misteri . namun tiada apa yang dihairankan kerana kehidupan Dato' Najib sendiri sejak menjejak belakang Pak Lah sehingga ia menaiki takhta penuh dengan episode misteri .

Tidak sampai seminggu pun beliau menjadi Perdana Menteri , maka terhamburlah slogan yang saya nanti - nantikan . Tapi kali ini agak lucu dan saya gagal menahan ketawa sebaik mendengar slogan itu diungkapkan oleh Dato Najib , One Malaysia ia ... One Malaysia .

Memang saya ketawa besar dengar slogan ini . Spontan saya bertanya balas kepada pembaca berita di TV yang melaporkan biarpun dia tidak mendengar pertanyaan saya ..... apa ? one apa ? Formula One...:) ... :) . Adusss , Najib ... Najib ...

Pertama : Tiada perkataan Islam langsung dalam slogan ini . maka saya berteka - teki , agaknya anglemana Kol. Jamil Khir dan partnernya Dr. Mashitah akan ambil untuk mempromosikan One Malaysia ini . Begitu juga para mufti dan imam - imam mereka . Mungkin mereka kena pergi tengok Formula One dulu baru dapat formula . Dr. Mashitah yang dulunya menjadi wira Islam Hadhari tentu kena buka kitab baru . Sebab sangat jauh beza makhraj Islam Hadhari dengan One Malaysia tersebut !

Kedua : Apakah JASA dan JQAF akan dilenyapkan ? atau mungkin juga ditukar fungsi kepada agenda merangka F1M [ Formula One Malaysia ] . Berapa juta pula mereka nak habiskan wang nanti ? Barangkali ini membuatkan Dato' Najib teragak - agak untuk meletak calun di DUN Penanti kelak .

Ketiga : Telah menjadi kelaziman pemimpin politik seperti mereka . Tergesa - gesa melontar slogan , selepas itu barulah mereka kalut mencari tokoh dan figure yang boleh mengemukakan draf dan sekaligus mempromosikannya kepada masyarakat . Selepas ini berapa banyak seminar dan siri penerangan yang akan dianjurkan untuk menjelaskan apa bendanya One Malaysia .

Masih terlalu awal untuk meramal dan saya bukan tok nujum untuk menyebut apa pula nasib One Malaysia seterusnya . Namun saya yakin , satu lagi muzium akan dibuka selepas ini .

Rakyat jelas lebih berwaspada dengan sogokan dan momokan slogan seperti ini . Sambil mereka menanti penuh sabar dan debar , rakyat juga sedia menghukum sebarang penipuan dan kepalsuan slogan yang hanya untuk mengulit dan mengalpakan mereka . Kini saya yakin rakyat telah matang berpolitik dan tidak lagi terpedaya dengan pukauan UMNO yang menjadikan rakyat khayal tanpa sedar menganggap kononnya hanya UMNO yang layak memerintah negara dan UMNO sekali - kali tidak boleh dikalahkan .

Pemuda Pas Agen Perubah

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية ءامنوا بربهم و زدناهم هدى و ربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات و الأرض لن ندعوا من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk

dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Pemuda yang saya maksudkan sebagai Agen Perubah ini ialah pemuda yang beriman dengan satu keimanan yang meletakkan pemuda sebagai hamba Allah yang taat kepada segala titah perintah Allah dan senantiasa siap dan sedia untuk melaksanakan apa jua tuntutan syara' . Mereka laksana hawariyun yang siap sedia menjawab : "Kamilah tentera - tentera Allah" ( نحن أنصار الله ) ketika ditanya siapa dikalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah swt.

Iman ( Aqidah ) yang Sohih.

Perjuangan yang kita dokong dan urus ini adalah perjuangan Islam . Justeru itu dasar , objektif dan matlamatnya juga Islam . Sebarang penyimpangan daripada Islam merupakan satu jenayah perjuangan yang kelak menyumbang kepada kerosakan kekal terhadap perjuangan suci ini malah diri pejuang itu sendiri turut menjadi mangsa .

Lantaran itu , pemuda mesti memiliki tahap pegangan agama yang utuh tanpa mampu digugat biarpun terpaksa berhadapan dengan apa jua situasi yang mencengkam samaada dari luar atau dalam . Tanggungjawab ini bukan sahaja digalaskan kepada pemimpin tetapi juga kepada seluruh ahli.

Pemuda yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan iman yang mantap bukan sahaja meletakkan mereka layak untuk membawa perubahan tetapi wajib memimpin perubahan .

Mereka bukan pemuda yang menjadi "pak turut" dan jauh sekali "berangan" dalam perjuangan besar ini. Bahkan mereka juga tidak "kalut" mendepani realiti . Segalanya bermula dengan akar keyakinan yang jelas mengasas langkah perjuangan tanpa gentar dan panik menyerap tekanan serta meredah halangan .

Mereka adalah pemuda yang tahu apakah yang ia perjuangkan , untuk apa ia diperjuangkan dan bagaimana ia diperjuangkan .

Pemuda yang menggabungkan diri dengan Gerakan Islam berasaskan Aqidah ( intima' al aqidah ) , mendokong cita - cita perjuangan junjungan besar Nabi kita Muhammad saw untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi . Bukan pemuda yang sarat dengan cita - cita politik duniawi memburu jawatan dan pengaruh kuasa tanpa melihat kepada ruang dan peluang untuk Islam .

Tidak juga pemuda yang gopoh memburu kemenangan tanpa melihat kepada tahap masak matangnya perjuangan Islam yang didokong . Tentu sahaja kita semua membaca kisah Khabbab al Arat bersama Nabi saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?


Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah ,
akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari


Betapa pejuang seperti Khabbab yang telah merentasi tempoh perjuangan dan pengorbanan yang getir masih dianggap gopoh oleh baginda saw. kenapa kita begitu tergesa - gesa inginkan kemenangan pula melalui jalan short cut sedang perjuangan dan pengorbanan kita belum ditahap maksima .

Saya bimbang kita hanya membina Istana Pasir . Indah dan cantik rupanya , tetapi menunggu saat runtuh dan binasa yang lebih parah selepasnya. Waliyazubillah !

Pemuda Rijalut Taghyir

Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan dan aktivis pemuda keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan musuh - musuh Islam.

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat perjuangan kita pemuda Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda pembangkang dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalahminda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik , kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak .

Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN yang zalim dan kejam , apakah kita masih boleh bersabar ?

Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Kalau 50 tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan ummat terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt . kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita mahukan kemenangan itu . Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Jatuhkan UMNO dulu ( ABU : Asal Bukan UMNO )

Saya sebagai seorang pemuda yang dilatih dan dididik bersama perjuangan ini untuk menegakkan Islam , saya berpandangan soal siapa jatuh dan siapa yang akan dijatuhkan malah apa nama mereka itu adalah perkara kedua . Yang utama ialah Islam mesti diperjuang dan ditegakkan . Siapa yang menghalang Islam tegak , kita terpaksa berhadapan dengan mereka . Jika mereka lawan maka kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melawan mereka . Siapa mereka dan apa nama mereka , itu kita tidak peduli .

Saya masih ingat malah sangat segar dalam ingatan saya akan ucapan Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di Banggol Pradong yang kemudian diangkat menjadi Amanat oleh orang ramai khasnya ahli parti :

SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH, 
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. 
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, 
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. 
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. 

OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA. 
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, 
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, 
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, 
DERMA KITA ADALAH JIHAD. 
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI 
KERANAKALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, 
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM. 
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, 
KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU, 
KITA TIDAK PERLU MASUK KRISTIAN, 
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

Demikianlah ucapan Tok Guru ( kalau saya silap mungkin boleh diperbetulkan . Namun inilah yang saya hafal )

Jahiliyah tidak selamanya nama dia UMNO , mungkin nama lain boleh mewakili jahiliyah . Sebagaimana yang jahat dan zalim tidak selamanya nama dia Firaun , dia boleh bernama Abu Jahal di zaman Nabi saw. Nabi pernah sebut sambit mengisyaratkan kepada kepala Abu Jahal : هذا فرعون هذه الأمة

Inilah Firaun ummat ini .

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms