Friday 14 October 2011

Selepas 4 tahun baru selesai???


TELOK KEMANG 14 Okt. - Masalah air dan sijil layak menduduki (CF) yang dihadapi oleh penduduk Taman Pinggiran Kota di Lukut, di sini sejak empat tahun lalu selesai hasil keprihatinan pihak berkuasa.
Masalah itu juga selesai selepas Pengerusi Makkal Sakti negeri, Datuk A. Kumaravel campur tangan bagi membantu penduduk taman berkenaan.
Kumaravel berkata, beliau dimaklumkan bahawa pemaju telah berjanji bahawa selepas tiga bulan mendapat kunci, penduduk akan mendapat CF dan meter air.
"Kini sudah empat tahun penduduk tidak memperoleh apa-apa pun dan tunggakan air kini mencecah RM83,000.
"Pada 3 Oktober lalu, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah memotong bekalan air di sini.
"Pada keesokan harinya, saya datang ke sini dan melihat sekitarnya. Keadaan terlalu teruk dengan kawasan dipenuhi semak serta longkang tersumbat," katanya.
Menurut beliau, perbincangan dibuat dengan penduduk dan mereka telah bergotong-royong bagi membersihkan kawasan tersebut dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Katanya, masalah itu telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan hasil perbincangan dengan Sains, bekalan air di kawasan itu telah disambung semula.
"Menteri Besar memberitahu bahawa beliau akan cuba dapatkan CF untuk taman perumahan ini secepat mungkin,'' katanya.
Tambah beliau, penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kerana memberi sumbangan bagi membaik pulih paip yang rosak.

p/s:nasib la org telok kemang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms