Tuesday 14 June 2011

PANAS!:DAP tanya pasal murtad,Negeri Sembilan nombor 2!

Dari Malaysiakini


Mahkamah Syariah menerima 864 permohonan untuk murtad sepanjang sedekad yang lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan bertulis daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang ingin tahu cara kerajaan menangani kes-kes murtad dan perangkaan mereka yang berjaya dalam permohonan mereka.

Mengikut perangkaan yang dibekalkan oleh kementerian sejumlah 135 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Bagi menangani masalah itu, Jabatan Agama Islam Negeri seringkali mengadakan program dan aktiviti berdakwah, khususnya kepada mereka yang baru memeluk Islam,” kata Jamil.



Ulasan:Ini bukan ahli parlimen UMNO yang tanya bagaimana untuk mengatasi gejala murtad,tetapi dari DAP yang dikatakan anti islam tu.Lebih mengejutkan Negeri Sembilan ditangga kedua dibelakang Sabah.Sama-samalah kita muhasabah ya..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms