Sunday 12 June 2011

Kenyataan Rasmi DPPK Telok Kemang mengenai perlantikan Pesuruhjaya Pas N9 yang Baru.

Kenyataan Rasmi DPPK Telok Kemang mengenai perlantikan Pesuruhjaya Pas N9 yang Baru.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Telok Kemang menyokong penuh perlantikan YB Mohd Taufeq Bin Abd Ghani sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang baru menggantikan Zulkefley Mohd Omar.Seperti yang kita maklum,YB merupakan satu-satunya ADUN Pas yang menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 di Negeri Sembilan.Sudah semestinya perlantikan ini tepat pada orangnya kerana Pas Negeri Sembilan memerlukan tokoh yang mampu melakukan perubahan lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.Sesuai dengan perwatakan beliau yang merendah diri,mesra rakyat dan mudah didampingi,beliau selayaknya diberikan tugas ini kerana rakyat sudah tentu dapat menilai bahawa Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan mestilah mendengar denyut nadi rakyat.Harapan Dewan Pemuda Pas Telok Kemang agar PJ Pas Negeri Sembilan yang baru dapat mengembalikan kekuatan Pas yang sudah lama hilang dibawah kepimpinan sebelum ini.Justeru,kami Dewan Pemuda Pas Telok Kemang menghulurkan tangan untuk sedia bekerja sama dan meletakkan wala' dan ketaatan kepada kepimpinan beliau agar memacu Pas Negeri Sembilan dengan jayanya.Moga aspirasi Membangun Negara Berkebajikan mampu diterjemahkan dengan kepimpinan beliau.

TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!

Dewan Pemuda Pas Telok Kemang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms