Monday 30 May 2011

Road to Muktamar PAS ke 57:Beza Muktamar Pas dan Mesyuarat Agung UMNO

Pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu PRU ke 13. Parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihanraya.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan. Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerakerja ke arah PRU 13 nanti.

Ia sebenarnya menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding dalam PAS.

Akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada UMNO/BN barangkali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon Timbalan, Naib Presiden dan lain-lain.

Alhamdulillah, tarbiyyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni. Mungkin ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon. Namun ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti. Tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab. Ia boleh berlaku dalam parti sekular. Jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing.

Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti. Tidak sebagaimana dalam pemilihan UMNO terutamanya-politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latarbelakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah.

Ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti. Ia adalah persepsi akhbar itu. Pendokong PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan. Kesemua calon ada kredibiliti. Mereka juga popular. Namun popular dalam PAS diajar oleh tarbiyyahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-mungkar, samada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Kerana itu mereka dicalonkan. Cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain. Tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total. Dengan kata lain, perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam Muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan UMNO/BN yang sudah lama korup itu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms