Tuesday 24 May 2011

Pemuda benteng barisan hadapan parti

PENGKALAN CHEPA: Pemuda PAS perlu berada di barisan hadapan bagi menangani pelbagai isu dibangkitkan Umno dan BN sekarang. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa berkata, Pemuda PAS perlu bergerak lebih pantas menjawab tohmahan dilemparkan pihak lawan.
“Usaha itu penting bagi mempertahankan negeri ini yang mana kini diserang Umno dengan pelbagai tuduhan liar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan ke-52 di Perdana Resort, baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Husam berkata, Pemuda PAS yang tinggal di kawasan Parlimen Jeli, Gua Musang dan Pasir Mas tidak boleh berdiam diri dan perlu bergerak menyaingi aktiviti dilakukan Umno.

“Apabila segala gerak kerja dilakukan nilai ketakwaan yang tinggi pula perlu disemarakkan di jiwa sebagai benteng mempertingkatkan jati diri,” katanya.

Menurut Husam, hubungan kerajaan negeri dan istana Kelantan kini juga akrab dan membantu melancarkan jentera pentadbiran negeri.

Beliau juga berharap pemuda mendekati golongan muda menggunakan media baru yang semakin menjadi tumpuan ramai sekarang.

Pada muktamar itu Abdul Latif kekal sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan selepas mengetepikan pencabar, Nik Mahadi Nik Mahmud.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah kekal tanpa bertanding. Naib Ketua Pemuda pula disandang muka baru, Hafiz Musa menggantikan Hisyam Fauzi.

Dalam perkembangan berasingan, Dewan Muslimat PAS Kelantan mengekalkan muka lama tanpa bertanding. Ketua disandang Siti Zailah Mohd Yusof; Timbalan, Wan Ubaidah Omar dan Naib Ketua, Rohani Ibrahim.

Dalam ucapannya, Siti Zailah mahu Muslimat PAS Kelantan lebih menumpukan usaha meningkatkan kemenangan berbanding perebutan jawatan dalam parti.

Perasmian Muktamar Dewan Muslimat kali ke-38 itu juga dilakukan Husam.

Beliau menyarankan muslimat supaya menyediakan pelantindakan sebagai persiapan melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pelan lebih berstrategi penting bagi menggantikan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan termasuk membina lebuh raya, geran bekalan air dan penafian hak royalti minyak.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms