Monday 18 July 2011

Sekitar Usrah Pemuda DPPK Telok Kemang

Setiap hari Rabu malam Khamis,DPPK Telok Kemang akan berkumpul untuk melaksanakan usrah mingguan yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah DPPK Telok Kemang.Saban minggu,setiap tempat berlangsungnya usrah akan bertukar dan paling menarik,rumah pimpinan pemuda kawasan juga dijadikan tempat untuk melaksanakan usrah.Pada 13 Julai yang lalu,kami mengadakan usrah di MTD Telok Kemang yang dihadiri seramai 12 orang pimpinan pemuda kawasan.Majlis dimulakan dengan bacaan Al Mathurat,sesi modul dan sesi debat berkaitan tajuk Tahaluf Siasi.Untuk slot modul,kami diarahkan untuk menulis nama pada kertas mahjong dan akhirnya membuat tikar.Antara resolusi yang dapat ialah walau sehebat mana nama seseorang itu di mata umum,apabila berada dalam jamaah,dia perlu melengkapi antara satu sama lain.Slot debat merupakan slot yang paling menarik kerana pelbagai idea,pandangan dan kritikan diluahkan.Agenda yang terakhir ialah perbincangan program-program terdekat seperti zakat pada bulan ramadhan,iftar dan sebagainya.Semoga,ini menjadi satu usaha kekuatan yang baru untuk menghadapi cabaran yang seterusnya.

Tikar namo.Macam2 ado.

                                               Perbincangan program semasa dan akan datang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms